Tentera Berhutang Ceti..??

Posted 10:33 PM by WC in
Tentera Berhutang Ceti. Usah Biarkan Ia Terus Berlaku....

Agak membimbangkan dewasa ini apabila kebanyakan anggota berhutang ceti untuk sara diri dan keluarga. Perkara ini kalau dibiarkan berterusan akan menyebabkan prestasi kerja anggota akan menurun.

Kajian telah dibuat oleh pihak Wirasiber di pekan dan bandar utama yang terdapat kem-kem tentera dimana setiap kali tibanya gaji, maka berderetlah anggota beratur di pusat-pusat pinjaman wang berlesen untuk mengambil gaji mereka. Jika anda tidak percaya, pergilah lihat sendiri bagi membuktikan kenyataan ini.

Bukan sahaja anggota yang telah berkahwin, bahkan ramai juga anggota bujang yang membuat pinjaman ceti. Bayangkanlah setiap bulan gaji yang di ambil terpaksa di potong 10 - 11 % (bunga) bagi di berikan kepada tauke yang memberi mereka pinjam itu.

Persoalannya mengapa ini terjadi?. Apakah gaji anggota tentera tidak mencukupi?. Jika di kaji, gaji anggota tentera adalah antara yang tertinggi dikalangan penjawat kakitangan awam yang lain. Kenaikan pada bulan Julai 2007 adalah yang tertinggi jika di bandingkan dengan gaji anggota 10 tahun yang lepas.

Jawapannya mudah sahaja. Pengurusan perbelanjaan anggota itu sendiri tidak di kawal dengan berhemah. Bayangkanlah ada di kalangan anggota yang mendapat gaji bersih RM50 sebulan. Dalam slip gaji, banyak yang di potong seperti hutang koperasi, hutang PERNAMA, hutang rumah, potongan Insurans, hutang pinjaman bank & sebagainya.

Mengapa terlalu banyak hutang?. Perumpamaan ada menyebut "ukur kain di baju sendiri". Janganlah terlalu mengikutkan nafsu kerana turutkan hati mati, turutkan kata binasa. Bersederhanalah dalam berbelanja seharian. Ingatlah masa depan kita dan keluarga. Bagi yang bujang pula, fikirkanlah masa depan. Fikirlah bahawa kita akan berumahtangga dan bagaimana hendak menyara anak orang dengan gaji yang begitu sikit. Jangan terlalu fikirkan untuk berhibur hingga terlupa paksi kehidupan mendatang.

Harapan tinggi segunung intan dari pihak wirasiber agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak tertinggi ATM untuk membendung masalah yang kian menjadi barah dalam ATM ini. Kita taknak perkara begini diwarisi oleh golongan pelapis pada masa akan datang seolah-olah ianya tiada jalan penyelesaian. Mungkin perlu diadakan seminar bagaimana menguruskan perbelanjaan atau sebagainya.

Kita tidak mahu dengan keadaan begini akan menyebabkan prestasi anggota semakin menurun hingga terjejas perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan yang mulia ini kerana asyik memikirkan masalah kewangan dan sebagainya hingga berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti mencuri harta benda di tempat kerja, menjual catuan atau sebagainya.

Pada mereka yang terlibat, mulakan inisiatif anda dari sekarang. Mulakanlah azam baru. Apabila habis hutang, bertekadlah untuk tidak mahu berhutang lagi. Langsaikanlah hutang anda segera di Pusat Pinjawan Wang agar segalanya menjadi normal semula.
Semog
a kalian dapat mulakan hidup baru yang dapat mengatur perbelanjaan anda dengan berhemah.


0 comment(s) to... “Tentera Berhutang Ceti..??”